Monday, March 30, 2009

Mekar setaman....

Wah...! Glamour gitu...!
Kurung Datin Fieza yang disulami dengan shimmering Flora (ala kadar jer!). Projek Shimmering Flora pertama saya.. Alhamdulillah...... Siap jugak akhirnya... 2 minggu nak siapkan (sabtu ahad & selepas waktu bekerja) al maklumlah baru nak buat sulaman teknik Flora nie... Menggeletar jugak tangan... kalau salah ke.. cacat ke jahitan nya... nanti mengamuk pulak Datin kita tu... hehehe... jangan marah ha...
Nak buat Shimmering Flora nie tak jugak susah & tak jugak senang... cuma perlu berhati2 & perlu tekun & sabar nak buatnya.... Ye la.. dahla kain Datin Fieza nie mahal... kalau tak berhati2 rosak pulak kainnya...
Harap2 Datin Fieza akan berpuas hati dengan hasil kerja saya nie...

Monday, March 23, 2009

Little red Daisy

Little Red Daisy.... Kurung K.Jim

Batik Highlighted Design..



Highlighted design batik, kurung batik sutera k.jim..

Manjalara...



Kurung k.jim... 1st projek of manjalara... menyerlahkan...

Monday, March 16, 2009

Koleksi beads..



Antara koleksi manik & labuci yang digunakan...

Tuesday, March 10, 2009

Bunga simple...

Sulaman manik silinder yang simple.... saya buat sulaman ni kat tangan je.. cobaan... Kelopak bunga yang digabungkan dari manik 3 warna menghidupkan coraknya.
More to come....

Highlighted designs....

Baju kurung sendiri ni... kali ni saya cuma highlight design pada kain yang sedia ada je... Sulaman di sekeliling bunga menggunakan teknik manik beriring dan diisi dengan mutiara jernih dengan teknik manik tabur. Manakala daunnya saya gunakan teknik jelujur dengan mengikut corak pada kain tersebut...

Friday, March 6, 2009

Shimerring Flora....





Meriah kan...!
Gabungan pelbagai teknik sulaman flora dengan menggunakan pelbagai jenis dan warna manik serta labuci, memeriahkan lagi kurung, blouse atau apa sahaja busana anda untuk tampak lebih elegent & glamour gitu.......
Saya masih mempelajari dan menghalusi teknik jahitan dan gabungan warna labuci untuk sulaman ini.. Biasalah kan.... budak baru belajar... Di sini saya paparkan foto2 yang saya adaptasi daripada beader's website, http://noramanik.fotopages.com, http://arry4464.fotopages.com, http://glamstarz.fotopages.com, http://izan72.fotopages.com, http://msdnoraini.fotopages.com, http://annural.fotopages.com.

Thursday, March 5, 2009

Hijau memukau....


Corak daisy dan manik tabur menghiasi kurung hijau di atas dengan menggunakan manik acrylic stone dan seed beads, juga dikemaskan dengan jahitan manik beriring/berpintal. K.Jim, pelanggan saya yang setia tu... chewah.... berkenan dengan corak ini untuk kurung hijaunya... Mungkin coraknya akan diubahsuai sedikit dengan menggunakan manik pelbagai warna.
Bila la K.Jim nak bagi baju tu kat saya ye.... hehehehe....
Foto ini adalah koleksi dari laman web http://azdycollection.blogspot.com

Penyeri kurung Pahang ibu....

Sulaman manik di foto sebelah ini akan menjadi panduan saya untuk menyulam baju kurung Pahang ibu yang berwarna kelabu. Coraknya seakan rumpai laut yang indah di lautan... chewah.... Bagi baju dalam foto yang saya adaptasikan daripada http://aisyahmanik.fotopages.com ini, hanya menggunakan manik sahaja. Untuk memberi kelainan pada corak ini, saya akan gunakan permata, mutiara, atau rice beads untuk menyerlahkan lagi bunga pada baju nanti....
Tidak sabar untuk melihat hasilnya...
TUNGGU.....!!!!

Wednesday, March 4, 2009

Batik K.Jim....

Assalamualaikum....
Sabtu lepas saya menerima tempahan sulaman manik daripada pelanggan tetap saya iaitu tak lain tak bukan K.Jim... hehehe... untuk busana batiknya. Design pada foto ini akan diaplikasikan pada busana tersebut yang saya adaptasi daripada Ladybeads Collection,
http://msdnoraini.fotopages.com...
Tunggu dan lihat hasilnya nanti.....